Dia lebih berharga daripada batu delima: dan segala apa pun yang dapat diinginimu tidak boleh dibandingkan dengannya.
Perempuan manakah yang lebih berharga daripada batu delima? Perempuan yang berakhlak mulia (Ams 31:10)? Ya, tetapi bukan di dalam konteks ini.
Mungkinkah adanya perempuan yang secara tidak terbandingkan lebih bernilai daripada segala apa pun yang dapat diinginimu? Tidak.
Maka adakah ini suatu personifikasi akan kejayaan, kesihatan, kebahagiaan, kekayaan, keluarga, ijazah sekolah, dan/atau rumah cuti? Tidak. Perempuan ini ialah Puteri Hikmah (Ams 3:13-15).
Di sinilah salah satu pernyataan Alkitab yang paling ekstrem dan yang superlatif. Ada sesuatu yang dipersonifikasikan sebagai perempuan yang melampaui ciri-ciri batu delima yang jarang dan yang berharga. Dan inilah apa yang melebihi apa pun yang dapat dimimpikanmu sebagai sungguh diingini atau yang perlu bagi kejayaanmu dan kebahagiaanmu. Hikmah dan pemahaman sebegitu penting (Ams 3:13-15)!
Manusia memakai banyak usaha dan banyak masa untuk mengejar apa yang jauh kurang bernilai berbanding dengan hikmah. Mereka mengejar pendidikan, kesihatan fizikal, rancangan kerjaya, penambahan harta milik, isteri yang cantik, dan matlamat-matlamat lain dengan banyak keghairahan dan pelbagai pelaburan yang mahal. Tetapi hal-hal ini yang diingini manusia, meskipun digabungkan bersama, adalah kurang bernilai dari pada hikmah.
Ia suatu aksiom sifat manusia bahawa kamu mengasihi dirimu sendiri. Sementara kamu memang peduli akan damai sejahteramu sendiri, kenikmatanmu, kemakmuranmu, dan reputasimu, di dalam amsal inilah adanya perubahan yang paling mudah dan yang paling dramatik yang dapat dilakukanmu dalam kehidupan untuk mencapai matlamat-matlamatmu – belajarlah hikmah dan jalanilah kehidupanmu melaluinya. Harus mengapakah kamu menolak kejayaan sejati dirimu dengan mengejar apa pun yang lain?
Mengapakah hikmah sebegitu penting? Kerana ia membawa umur panjang, kekayaan, dan kemuliaan (Ams 3:16); ia membawa kesenangan dan damai sejahtera (Ams 3:17); dan ia membawa kehidupan dan kebahagiaan (Ams 3:18). Kamu tidak mampu memimpikan apa pun yang dapat membekalkan semua berkat ini. Namun, semua ini merupakan kelebihan dan ganjaran yang pasti yang diberi kepada orang yang mencari hikmah (Ams 3:13-18).
Tidak hairanlah Daud memberitahu Salomo, “Peroleh hikmah, peroleh pemahaman – Hikmah ialah apa yang utama; maka peroleh hikmah: dan dalam segala pemerolehanmu peroleh pemahaman” (Ams 4:5-7). Jika Daud, orang yang mengejar hati Allah, memberitahu anak lelakinya bahwa hikmah ialah apa yang penting, ia patut menjadi penting kepadamu juga. Betapa hebatnya gesaan itu! Sudahkah kamu membacanya? Perolehlah hikmah!
Apakah hikmah? Ia daya penghakiman yang betul, suatu kemampuan untuk menyenangkan Allah dan manusia dalam segala apa pun situasi. Ia berdasarkan ketakutan yang mendalam bagi TUHAN, suatu kebencian terhadap segala dosa dan kejahatan, iman aktif bahawa Allah ada dan mengganjari, dan pengetahuan butir-butir berharga akan firmanNya yang berharga (Ams 1:7; 8:13; 9:10; 22:17-21; Ayb 28:28; Maz 119:128; Ibr 11:6).
Bagaimanakah kamu memperolehnya? Dengan adanya takut akan Allah sebagai Penyebab Utama dan Tujuan Terakhir dalam segalanya di dalam alam semesta (Ams 16:4; Maz 14:1)! Dengan menjadi gementar di dalam kerendahan hati dan pertaubatan di hadapan Allah dan Alkitab (Yes 66:1-2; 2Tim 3:16-17)! Dengan menolak apa pun pendapat mana-mana orang yang bercanggah dengan Alkitab (Maz 119:98-100; Yes 8:20; 1Tim 6:3-5,20)! Dengan mendengar secara takzim hamba Allah ketika dia mengkhutbahkan kebenaran Allah kepadamu (Luk 8:11-18; Yak 1:21-25)! Hikmah adalah mudah!
Jangan berharap kepada pendidikan atau hikmah duniawi (1Kor 1:19-20; 2:6-9; 3:19-20). Jangan berharap kepada kekayaan atau kejayaan profesional (Ams 3:14; 23:4-5; Maz 39:6; 1Tim 6:6-10). Jangan berharap kepada kekuatan fizikal atau rekreasi (Maz 90:10-12; Pkh 10:10; 12:1-7; 1Tim 4:8). Hal-hal ini ialah kesia-siaan dan kegemasan roh – ia tidak membawamu ke mana-mana dengan Allah atau manusia – ia kosong dan memedihkan. Bersukacitalah dalam hal mengenal Allah dan akhlakNya (Yer 9:23-24). Itulah hikmah dan kesenangan! ]]>